THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 10, 2009

Kuliah Pn. Sakinah-M8

Analisis Data:

-ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan .Ada 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
-Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
-Cari pola dan kategori ,persamaan ,terangkan trend dan pertanyaan ,katalogkan pemerhatian ,bilang dan bandingkn dan buat anggaran.

Langkah analisis data kualitatif:
Langkah 1:
-Tengok secara lalu maklumbalas .
-Ambil nota atas tema yang muncul ,isu atau faktor yang didengar.
-Cari item yang berulang atau penting.

Langkah 2 :
-Pilih 3 atau 4 tema /kategori yang muncul dan bina matriks.
-Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
-Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar tepinya.
-Boleh guna warna dan kod untuk setiap kategori yang berlainan.

Langkah 3 :
-Jika boleh bincangkan tinjauan dengan pendidik lain.
-Baca tinjaua (soal selidik),highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema /kategori yang telah dikenalpasti .
-Seterusnya rekod dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

Langkah 4 :
-Tanya (Apa yang telah saya dapat)
-Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks .
a.pola konsep
b.pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatian bawah matriks(bawah carta matriks)
-sokongan bacaan jurnal.

Langkah 5 :
-Apa kesimpulan yang boleh kita buat.
-Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.

Langkah 6 :
-Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
a.tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
b.semak semua persoalan kajian
c.bina modul/aktiviti

-Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
-Apakah maklumat yang masih diperlukan
a.atas pelajar
b.atas kaedah
c.maklumat latar belakang untuk tajuk ini.

KEGUNAAN DATA DALAM PLAN-DO-STUDY -ACT-CYCLE

PLAN
-Nilai dan ringkaskan semua dat yng kita ada.
-analisis dan kenalpasti tema utama
-kenalpasti sumber data yang memberikan ukuran progress penambahbaikan.

DO
-Kumpul data
-Buat kajain rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi.

STUDY
-Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan.

ACT
-kenalpasti soalan tambahan.
-rancang untuk penambahbaikan berterusan.
-mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan.
-kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki ,tetapi tidak perlu risau.
-Dapatan kajian bertujuan untuk memberikan memberikan panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.

RINGKASAN DATA ANALISIS
Panduan untuk data analisis :
-rekabentuk pendkatan sisrematik,simpan semua data.
-cuba faham ,maklumat yang ingin disampaikan oleh data.
-cari tema dan pola.
-susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data.
-masukkan semua data,termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari.
-baca data lebih daripada sekali.
-bina imej visual.
-tulis nota ringkas untuk diri sendiri.
-kongsi dapatan ,perbincangan dan timbulkan soalan baru.

PROSES ANALISIS DATA
-Analisis data dan buat nota sepanjang masa.
-cari tema dan pola.
-ringkaskan tema kepada 3-5 idea.
-lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat.
-Bina subtema jika perlu
-Simpan nota secara berterusan ,dapatan kadangkala boleh mengejutkan.
-Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul.
-kenalpasti poin utama.
-cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian.

Kuliah Hajah Halimah - M8

Dalam kuliah kali ini terdapat beberapa kumpulan yang di panggil ke hadapan untuk melakukan pembentangan dan di akhir pembentangan Hajah Halimah memberikan komen keseluruhan terhadap proposal kami ,antara perkara yang perlu ditambah dalam proposal kami adalah literature review dan perlu ada rujukan dari mana -mana sumber dan juga perlu menambah persoalan kajian ,kemudian dia memberikan kuiz ringkas kepada kami untuk menguji kepekaan kami semasa pembentangan dilakukan ,antara soalan kuiz tersebut adalah:

1.Apakah perbezaan di antara kajian tindakan dan kaedah eksperimen?
2.Apakah persoalan kajian pada kajian yang bakal anda lakukan?
3.apakah maksud baseline data?