THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, April 27, 2009

continue lec M1......

Proses -proses kajian secara umum:

KAJIAN: merupakan 1 proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN:guru meneliti /menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan.Proses ini tidak berjalan sekali sahaja tetapi berulang-ulang(on-going process).

KEPENTINGAN KAJIAN BAGI GURU:

1.menambah pengetahuan

a.mengkaji jurang dalam suatu bidang

b.mereplikasi suatu kajian lepas dengan menguji suatu sampel/situasi yang berlainan.

c.mengembangkan pengetahuan sedia ada.

d.meluaskan perspektif

e.memberitahu suatu amalan dengan mengembangkan idea baru.

2.menambahbaik amalan

3.mendebatkan suatu polisi

4.membina kemahiran melakukan penyelidikan.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN:

1. Kajian guru secara individu -isu dalam satu kelas sahaja

2. Kajian secara kolaboratif -isu dalam beberapa kelas yang mempunyai masalah yang sama

3. Kajian dalam sekolah - isu luas melibatkan masalah mencakupi sekolah

4. Kajian dalam daerah - isu masalah mencakupi struktur organisasi sedaerah

Antara kajian tindakan yang dilakukan di sekolah adalah :

-untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah.

-strategi pengajaran.

-pembelajaran pelajar.

Contohnya:

Sebagai contoh guru ingin melakukan kajian tindakan berkenaan dengan masalah murid untuk memahami subjek tertentu dalam matapelajaran sains contohnya adalah untuk memahami tajuk pembahagian sel.Dalam tajuk ini murid memerlukan pemahaman dari peringkat awal dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk memahami tajuk ini.Pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam hal ini adalah dengan menggunakan cara pengajaran yang berlainan untuk kelas yang berlainan.

0 comments: