THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 10, 2009

Kuliah Pn. Sakinah-M8

Analisis Data:

-ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk cadangan kesimpulan dan menyokong keputusan .Ada 3 atau lebih jenis data untuk dianalisis.
-Data kualitatif dan kuantitatif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu proses analisis.
-Cari pola dan kategori ,persamaan ,terangkan trend dan pertanyaan ,katalogkan pemerhatian ,bilang dan bandingkn dan buat anggaran.

Langkah analisis data kualitatif:
Langkah 1:
-Tengok secara lalu maklumbalas .
-Ambil nota atas tema yang muncul ,isu atau faktor yang didengar.
-Cari item yang berulang atau penting.

Langkah 2 :
-Pilih 3 atau 4 tema /kategori yang muncul dan bina matriks.
-Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama.
-Tempatkan tema kategori di atas dan senaraikan pelajar tepinya.
-Boleh guna warna dan kod untuk setiap kategori yang berlainan.

Langkah 3 :
-Jika boleh bincangkan tinjauan dengan pendidik lain.
-Baca tinjaua (soal selidik),highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema /kategori yang telah dikenalpasti .
-Seterusnya rekod dapatan dalam kotak bersesuaian dalam carta matriks yang dibina.

Langkah 4 :
-Tanya (Apa yang telah saya dapat)
-Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa kamu lihat matriks .
a.pola konsep
b.pola sikap
-Tulis/rekod pemerhatian bawah matriks(bawah carta matriks)
-sokongan bacaan jurnal.

Langkah 5 :
-Apa kesimpulan yang boleh kita buat.
-Rekod kesimpulan samada bawah matriks atau atas kertas yang berlainan.

Langkah 6 :
-Apa langkah seterusnya yang boleh dibuat?
a.tinjauan (soal selidik lain)/temubual/penilaian
b.semak semua persoalan kajian
c.bina modul/aktiviti

-Jangan lupa rekod apa yang dibuat dalam matriks
-Apakah maklumat yang masih diperlukan
a.atas pelajar
b.atas kaedah
c.maklumat latar belakang untuk tajuk ini.

KEGUNAAN DATA DALAM PLAN-DO-STUDY -ACT-CYCLE

PLAN
-Nilai dan ringkaskan semua dat yng kita ada.
-analisis dan kenalpasti tema utama
-kenalpasti sumber data yang memberikan ukuran progress penambahbaikan.

DO
-Kumpul data
-Buat kajain rintis untuk memastikan strategi pengukuran dipenuhi.

STUDY
-Analisis data yang telah dikumpulkan dan buat kesimpulan.

ACT
-kenalpasti soalan tambahan.
-rancang untuk penambahbaikan berterusan.
-mengumpulkan data dan analisis data merupakan proses berterusan dalam penyelidikan tindakan.
-kita mungkin tidak dapat keputusan yang kita kehendaki ,tetapi tidak perlu risau.
-Dapatan kajian bertujuan untuk memberikan memberikan panduan dan memperbaiki pengajaran kita seterusnya.

RINGKASAN DATA ANALISIS
Panduan untuk data analisis :
-rekabentuk pendkatan sisrematik,simpan semua data.
-cuba faham ,maklumat yang ingin disampaikan oleh data.
-cari tema dan pola.
-susun data berdasarkan apa yang kamu pelajari daripada data.
-masukkan semua data,termasuk data yang tidak menyokong apa yang kita cari.
-baca data lebih daripada sekali.
-bina imej visual.
-tulis nota ringkas untuk diri sendiri.
-kongsi dapatan ,perbincangan dan timbulkan soalan baru.

PROSES ANALISIS DATA
-Analisis data dan buat nota sepanjang masa.
-cari tema dan pola.
-ringkaskan tema kepada 3-5 idea.
-lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat.
-Bina subtema jika perlu
-Simpan nota secara berterusan ,dapatan kadangkala boleh mengejutkan.
-Semak maklumat untuk cari idea yang kerap atau dominan muncul.
-kenalpasti poin utama.
-cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian.

Kuliah Hajah Halimah - M8

Dalam kuliah kali ini terdapat beberapa kumpulan yang di panggil ke hadapan untuk melakukan pembentangan dan di akhir pembentangan Hajah Halimah memberikan komen keseluruhan terhadap proposal kami ,antara perkara yang perlu ditambah dalam proposal kami adalah literature review dan perlu ada rujukan dari mana -mana sumber dan juga perlu menambah persoalan kajian ,kemudian dia memberikan kuiz ringkas kepada kami untuk menguji kepekaan kami semasa pembentangan dilakukan ,antara soalan kuiz tersebut adalah:

1.Apakah perbezaan di antara kajian tindakan dan kaedah eksperimen?
2.Apakah persoalan kajian pada kajian yang bakal anda lakukan?
3.apakah maksud baseline data?

Sunday, May 31, 2009

Kuliah Pn.Sakinah-M6

3 sebab perlu capai kualiti tinggi:
-tanggungjawab kepada pelajar.
-Keperluan kepada kecekapan diri diri dan orang lain.
-Keperluan untuk membuat tindakan dan perubahan kepada perkara yang bermanfaat(menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.

Kriteria Kualiti:
-serupa dengan kriteria jenis penyelidikan yang lain.
-2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
-kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.

Kesahan:
-merujuk kepada kebenaran data.
-dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusu yang dikaji.

Kebolehpercayaan:
-berkait dengan ketepatan data .
-Masalah kebolehpercayaan dalam pendidkan selalu berlaku apabila data diambildari sampel yang terlalu kecil.
-Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan,kita perlu selalu bertanya.
-Adakah maklumat ini merupakan perwakilan epat realiti?
-Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan Tindakan:
-Tahap 1: Mengenalpasti masalah
-Tahap 2 :Perancangan Tindakan
-Tahap 3: Mengumpul Data
-Tahap 4: Analisis Data
-Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya.

Apakah mengumpul data ?
-Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian ?
-Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data:
-Pemerhatian (Video Tape)
-Nota guru dan komen
- kerja pelajar
-refleksi pelajar dan kerja pelajar.
-jurnal pelajar.
-ujian
-tinjauan soal selidik
-temuduga(Audiotape)

Tugasan:
Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khusunya di bahagian pengumpulan data.Pelajar akan dipanggil secara rawak pada minggu hadapan untuk melihat perkembangan.

Proposal Kajian Tindakan

Proposal Kajian Tndakan Group Bio

Laporan Pencatat Seminar Serantau ,Klana Resort Seremban

Lap or An

Kuliah Hajjah Halimah -M6

AKTIVITI 1:PENGENALAN

Hajjah Halimah meminta kami mengeluarkan sekeping kertas dan meminta kami untuk menulis butir pengenalan diri yang diarahkan oleh Hajjah Sakinah seperti berikut:

1.Nama penuh
2.Program sekarang
3.Status Diri
4.Alamat lengkap rumah
5.Program yang diambil semasa ijazah sarjana muda
6.Universiti semasa ijazah sarjana muda
7.Nama guru yang menjadi idola
8.Kenapa guru tersebut dipilih sebagai idola
9.Nama guru yang tidak disukai
10.Kenapa guru tersebut tidak disukai
11.Kenapa ingin menjadi seorang guru
12.Apakah peranan seorang guru
13.Lukis gambar pokok berserta tandatangan dan tarikh lahir

AKTIVITI 2:

Kami dikehendaki untuk bekerja berpasangan dan berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan semasa Seminar Serantau di Klana Resort Seremban ,Negeri Sembilan baru-baru ini kami dikehendaki untuk memilih 1 tajuk pembentangan dan menyenaraikan apa yang difahami daripada pembentangan tersebut.

Tajuk pembentangan:Pembelajaran Sains Fisika melalui pendekatan 'Integrated Science Spiritual 'di Kelas IV SDN 034 Kampar

Nama Pembentang: Puan Zulhilmi

Intisari Pembentangan:

Kenapa kajian ini dijalankan?
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendeskripsikan hasil belajar sains Fizik siswa melalui penerapan pendekatan 'Integrated Science Spiritual 'pada tajuk Sistem Suria.

Apakah kajian ini?
Pendekatan ini dirancang untuk menghubungkan konsep-konsep dalam Fizik dengan konsep-konsep agama Islam yang berkaitan dengan Sistem Suria.

Bagaimanakah kajian ini dijalankan?
Instrumen yang digunakan adalah pengumpulan data melalui ujian hasil belajar kognitif dan ujian hasil belajar psikomotor.

Langkah pendekatan model:
1.Perancangan-merumuskan tujuan pembelajaran dan menetapkan konsep yang hendak difahami.

2.Pelaksanaan - Pengelolaan kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan,pelajar diminta untuk melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.

3.Perbincangan-Tentang dapatan aktiviti

AKTIVITI 3:
Kami dikehendaki untuk membentuk 1 kumpulan yang terdiri daripada jantina berlainan,kaum berlainan dan pengkhususan berlainan.Kemudian di dalam kumpulan itu kami dikehendaki untuk membuat 1 proposal tentang kajian tindakan yang perlu dihantar pada hari Khamis,28/5/2009.

Tajuk proposal :

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN SAINS DALAM TOPIK ”INTERDEPENDENCE AMONG LIVING ORGANISMS AND THE ENVIRONMENT” DENGAN MENGGUNAKAN DAM ULAR SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

Tuesday, May 26, 2009

Journal Title AND Abstracts...

Journal 1 :An Action Research Exploration Integrating Student Choice And Arts
Activities In a Six Grade Social Studies Classroom by Courtney
Kosky ,West Virginia University.

Abstract:

An action research study undertaken to explore how integrating the Arts in social studies education can increase student participation and motivation ,and impact student achievement through that increased motivation and participation.Initial lesson plans addressed multiple intelligence while integrating Arts activities and were adjusted based on theteacher's reflective notes and student feedback.Although not anticipated ,we found that giving students' choice in what type of activities to complete had the greatest perceived impact on their motivation and participation .Many students'social studies grades increased in response to the integration of Arts activities and student choice.


Journal 2:Collaborative action research and project work :Promising practices for
developing collaborative inquiry among early childhood preservice teachers
by Mary Jane Moran
Abstract :

Excerpts from case studies of two preservice teaching teams exemplify a new approach for merging research and practice within an introductory early childhood methods course. Through participation in cycles of collaborative action research focused on the joint task of implementing long-term projects, preservice teachers evidenced change in the ways they participated in and developed an inquiry-oriented teaching stance. In particular, changes included (1) an increased
awareness of the value and need to share responsibility with teammates for making curriculum decisions, (2) early attempts to self-regulate teaching behaviors through reflection-in-action, and (3) an appreciation for and use of documentation in making visible and public the relationship between teacher thinking, practice, and children’s learning. While changes in level of reflectivity and practice are noted and valued, the ways in which preservice teachers’ participation begins to change may be as valuable an indicator of preservice teacher development as the possession of new knowledge and skills.


Journal 3 : Teacher questioning and interaction patterns in classroom facilitated
with differing levels of constructivist teaching practices by Ibrahim
Erdogan and Todd Campbell.

Abstract :

This research investigated the impact of teacher questions, question types, and interaction patterns that coincide with high and low levels of constructivist teaching practices. Through both quantitative and qualitative methods the findings revealed that teachers facilitating classrooms with high levels of constructivist teaching practices (HLCTP) were very active as they asked a significantly greater number of questions compared to teachers facilitating classrooms with low levels of constructivists teaching practices (LLCTP). In addition, teachers facilitating with HLCTP used a significantly greater number of open-ended questions when compared with other types of questions (closed ended questions and task-oriented questions). Closed-ended questions were found in the HLCTP classrooms as teachers were concerned with focusing students on completing investigations, but open-ended questions were more often found with the aim of promoting student actions attuned to knowledge construction.

Journal Reviews

Journal Review

Sunday, May 24, 2009

Ulasan buku ...continue...

Konsep Kajian Tindakan:
Kajian ke atas bilik darjah adalah satu tindakan yang dilakukan oleh guru untuk memperkembangkan pengajaran mereka atau rakan –rakan mereka untuk menguji andaian atau teori pendidikan yang dipraktikkan,atau sebagai satu cara untuk menilai atau mengimplimentasikan keutamaan sekolah.

3 tahap yang dibincangkan dalam konsep kebebasan(emancipation) oleh Lawrence Stenhouse adalah tahap pelajar,guru dan sekolah:

Pelajar: Pembebasan atau emansipasi adalah merujuk kepada kebolehan untuk melebihan pengetahuan guru dan mencari sendiri dan memiliki sesuatu pengetahuan.Dalam Projek Kurikulum Kemanusiaan (Humanities Curriculum Project),Stenhouse telah menggariskan 3 elemen penting dalam projek ini iaitu penggunaan perbincangan,penggunaan dokumen sebagai bukti perbincangan dan andaian guru terhadap fungsi pengerusi yang neutral.
Guru :Dalam konteks guru sebagai penyelidik,guru dapat membebaskan diri daripada pandangan masyarakat yang melihat guru sebagai pengikut,ketua,sumber rujukan dan lain-lain.Stenhouse menggalakkan guru –guru untuk mengikut spesifikasi kurikulum ataupun strategi pengajaran tetapi pada masa yang sama menilai keberkesanan strategi tersebut.

Sekolah :Kebebasan atau emansipasi di sekolah di mana sekolah bebas daripada kuasa birokratik dan kawalan sistem pendidikan .Sekolah mengambil peluang akan perubahan semasa dan menggunakannya untuk menyokong pembangunan yang sedang atau dirancang dilakukan di sekolah.

Mengapa perlu membuat kajian tindakan:

Menurut Lawrence Stenhouse (1984:69),guru mempunyai kebebasan untuk membuat penilaian professional .Mereka tidak perlu diberitahu akan apa yang perlu dilakukan .Pernyataan daripada Lawrence Stenhouse ini adalah berbeza daripada imej yang dipaparkan oleh pendekatan kontemporari di sekolah-sekolah di mana guru menerima arahan daripada pihak atasan dan tidak mempunyai kebebasan sendiri untuk mengajar.Dengan menjalankan kajian ,guru mempunyai kuasa autonomi untuk melakukan perubahan kepada system semasa yang digunakan di sekolah.
Reka bentuk kajian tindakan (Model dan seting kajian):

• Model Kajian Tindakan Elliott(Elliott 1991:71)
-mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dan menghasilkan model yang lebih lengkap.
-penerangan tentang model kajian tindakan Elliott( hujah menentang Model Kemmis) :
i.Peninjauan (Reconnaissance ) patut melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan di dalam lingkaran(spiral) dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.
ii.implementasi langkah kajian tidakan ini tidak selaulunya mudah ,seseorang x patut membuat penilaian kesan terhadap sesuatu tindakan sehinggalah beliau telah memantau bagaimana satu kajian itu diimplementasikan.
iii.Mencadangkan ’General idea’ atau idea am dalam model Kemmis patut ditukarkan.
• Model Ebbutt
i.Mengatakan Elliott salah dalam satu perkara iaitu mencadangkan Kemmis membuat peninjauan dengan hanya mencari fakta.Diagram Kemmis dengan jelasnya sudah menunjukkan peninjauan mengandungi perbincangan ,perundingan,pencarian peluang dn menilai kemungkinan .
ii.Dave Ebbutt juga mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.
• Model Mckernan
i.mencadangkan model proses masa ‘time-process’di mana tidak menekankan masalah-masalah yang berlaku semasa melakukan kajian tindakan.
Sampel/participant:
Fokus sampel atau peserta dalam kebanyakan contoh dalam buku ini adalah pelajar.
Prosedur Kajian Tindakan:
1. Pengumpulan data dan penjanaan kategori hipotesis.
2. Kesahan hipotesis menggunakan teknik kebolehpercayaan.
3.Interpretasi dengan rujukan terhadap teori,criteria yang disetujui ,praktikal ataupun penilaian guru.
4.Tindakan untuk tujuan memajukan yang juga dipantau oleh teknik kajian bilik darjah.
Instrumen kajian:
• Nota lapangan
• Rakaman pita audio
• Diari murid
• Temuramah
• Rakaman pita video
• Borang soal selidik
• Sosiometri-teknik yang digunakan untuk mengukur struktur emosi sesuatu kumpulan.
• Bukti dokumentari
• Kajian kes
• Slaid/pita rakaman dan video fotografi pegun


Teknik pengumpulan data:
• Pemerhatian terbuka
-pemerhati menggunakan sekeping kertas kosong untuk mencatatkan pengajaran ,pemerhati menggunakan kata kunci untuk mencatatkan pengajaran.
• Pemerhatian tertumpu
-apabila guru telah membuat keputusan untuk memfokus pada 1 pemerhatian contohnya adalah teknik menyoal.
• Pemerhatian berstruktur
-menggunakan sistem yang saling berhubung ataupun diagram ,setiap kali berlaku sesuatu kejadian ataupun tindakbalas guru akan menandakan (/) ,jadi dengan cara ini guru boleh merujuk kembali samada seseorang murid itu pernah menjawab atau tidak dan catatan ini dapat dijadikan sebagai bukti selain daripada seseorang pelajar itu secara rawak.
• Penilaian secara sistematik
-bergantung pada skala pemerhatian.
Teknik penganalisisan data:
Pengurangan data/pemotongan data(data reduction)-proses memilih,menumpukan,memudahkan ,mengabstrak,dan menukarkan data mentah yang terdapat dalam nota lapangan .Proses ini adalah berterusan sehingga sesuatu laporan itu siap.
Pameran Data-membolehkan kita memahami tentang kajian itu dan tindakan lanjutan atau analisis lanjutan berdasarkan apa yang difahami.
Pengesahan /penutup –konklusi terhadap apa yang telah dilakukan sejak dari awal kajian.
Etika kajian tindakan :
1.Kajian tindakan yang dilakukan tidak patut mengganggu komitmen terhadap tugas mengajar.
2. Teknik pengumpulan data tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan oleh guru dan guru mestilah pasti dengan teknik pengumpulan data yang digunakan sebelum mempraktikkannya.
3. Cara yang digunakan hendaklah boleh dipercayai dan membolehkan guru untuk membuat hipotesis dan menghasilkan strategi yang dapat digunakan bersesuaian dengan kelas mereka.
4.Guru berupaya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam sesuatu kajian .
5.Guru penyelidik perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan di sekeliling mereka.
6.Semua orang terlibat secara aktif dalam berkongsi visi yang sama kea rah matlamat utama.
Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan :
Teknik untuk menghasilkan kesahan sesuatu hipotesis:
i.Kaedah Segitiga(Triangulation) -melibatkan pengumpulan 3 pandangan yang berbeza daripada sudut pandangan guru,pelajar dan peserta yang menjadi pemerhati.
ii.Teknik ketepuan (Saturation) – situasi di mana tiada data tambahan yang boleh ditambah untuk menambahbaik sesuatu kategori itu.
iii.Teknik penjelasan lawan-penganalisi melihat pada data yang boleh menyokong penjelasan yang alternatif
iv.Teknik pencarian kes yang negatif-bentuk dan trend dikenalpasti ,kefahaman kita terhadap bentuk dan trend itu akan meningkat dengan mengambilkira kes yang tidak sesuai dengan sesuatu bentuk.
Penilaian keseluruhan terhadap buku:
Buku ini banyak membantu dalam memahami teknik kajian tindakan dengan lebih baik.Contoh yang diberikan dapat dijadikan panduan bagi melakukan kajian dalam bilik darjah dengan baik di sekolah.

Wednesday, May 13, 2009

M4- Kajian Kepustakaan

Sorotan literatur -adalah sorotan ke atas bahan-bahan literatur .contohnya adalah
buku,jurnal,artikel,seminar,laporan.
-dilakukan secara kritikal ke atas point-point penting.

Membandingkan dan membezakan:Mencari perbezaan dan persamaan berdasarkan kriteria
seperti ciri ,sifat,kualiti dan unsur sesuatu objek
atau peristiwa.

Kemahiran ini dibina apabila:
-ada 2 atau lebih ciri atau kemungkinan.
-buat pilihan atau keputusan.

Langkah penggunaan:
-perhatian dan beri tumpuan pada 1 atau beberapa cara
kajian tindakan.
-kenalpasti ciri kajian tindakan itu.
-menyatakan ciri sama atau berbeza.

Menganalisis :mengolah maklumat dengan mencirikan ke bahagian lebih rendah dan
menghurai maksud yang tersirat.
-digunakan untuk mengenal bahagian -bahagian ,faham hubungkait antara
bahagian-bahagian ,faham hubungkait antara bahagian -bahagian dan
kenali prinsip yang terlibat .
-analisis 1 kemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran
berfikir.

Menilai :membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan atau
kelemahan berdasarkan bukti dan dalil yang sah.
-kemahiran diguanakan untuk membuat keputusan bagi-memilih sesuatu
-menerima atau menolak
sesuatu idea.

Kesimpulan :membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan pada
hipotesis atau kukuhkan berdasarkan penyiasatan.
-kemahiran digunakan untuk membuat keputusan tentang sesuatu ,meramal dan
menyokong kenyataan.

Mensistesis :menggabungkn idea ,unsur ,item dan perkara yang berasingan untuk
menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk
pernyataan,lukisan ,artifak dan esei.

Ulasan Buku "A Teacher's Guide To Classroom Research 2nd Edition" by David Hopkins

Panduan Guru ke atas kajian di dalam kelas:

Kajian ke atas bilik darjah adalah satu tindakan yang dilakukan oleh guru untuk memperkembangkan pengajaran mereka atau rakan -rakan untuk menguji andaian atau teori pendidikan yang dipraktikkan,atau sebagai satu cara untuk menilai atau mengimplimentasikan keutamaan sekolah.

3 tahap yang dibincangkan dalam konsep kebebasan(emancipation) oleh Lawrence Stenhouse adalah tahap pelajar,guru dan sekolah:

Pelajar:pembebasan atau emansipasi adalah merujuk kepada kebolehan untuk melebihan pengetahuan guru dan mencari sendiri dan memiliki sesuatu pengetahuan.Dalam Projek Kurikulum Kemanusiaan(Humanities Curriculum Project),Stenhouse telah menggariska 3 elemen penting dalam projek ini iaitu penggunaan perbincangan,penggunaan dokumen sebagai bukti perbincangan dan andaian guru terhadap fungsi pengerusi yang neutral.

Tuesday, May 12, 2009

M3(Dr. Izham)-Aktiviti kumpulan

8 sebab mengapa orang menentang perubahan:

-tidak bersedia untuk menerima perubahan
-selesa dengan cara lama
-masih menunggu hasil dari cara yang lama.
-supaya tidak kelihatan bodoh apabila tidak dapat melakukan perubahan.
-berpegang kepada adat dan budaya yang menyekat daripada melakukan perubahan.
-tidak berkeyakinan dengan hasil yang diperolehi daripada perubahan yang dilakukan.
-menganggap perubahan sebagai suatu proses yang memakan masa yang sangat lama dan membuang masa.
-kurang pendedahan dan pengetahuan terhadap apa yang bakal dilakukan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk berfikiran negatif terhadap perubahan yang dilakukan.

Cara penyelesaian:
-memberi pendedahan secara menyeluruh dan terperinci tentang sebarang perubahan yang ingin dilakukan dengan menyediakan kursus.
-memperbanyakkan program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pendorong untuk berfikiran negatif.
-meyakinkan bahawa perubahan yang dilakukan tidak akan menghapuskan adat yang dipegang atau diamalkan.
-pemantauan dan penilaian yang berterusan untuk memastikan perubahan tersebut dilaksanakan dan berkekalan contohnya adalah perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Kuliah 1 - Teori Perubahan

Ketua:Nurul Huda Bt. Mahmud Taridi
Pembentang :Ummi Salmah Bt. Adnan.
Pencatat :Najwa Hayatee Bt. Abdullah

Tajuk :Pembahagian sel(Biologi)
Masalah :Sukar untuk menyampaikan pengajaran untuk tajuk ini kerana pelajar perlu mendapat gambaran awal dan memahami dari peringkat awal tajuk ini sebelum dapat memahami subtopik lain dalam bab ini.

Penambahbaikan:
1.Menggunakan pelbagai BBM untuk memudahkan pemahaman pelajar.Contohnya adalah
video,model,gambar,animasi dan lain-lain.
2.Setiap kali pengajaran dilakukan ,guru perlu menguji kefahaman pelajar tentang apa yang telah diajarkan dalam kelas yang lepas.

Strategi:
1.Menggunakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan tajuk dan dalam ini perlu melibatkan semua pelajar .
2.Untuk topik ini perlukan diperuntukkan masa yang lebih untuk pelajar memahami secara total.
3.Dalam kelas boleh dilakukan pembentangan pelajar tentang tajuk ini .
4.Guru menyediakan soalan kuiz dan juga ujian untuk menguji tahap pemahaman pelajar.

Jawapan aktiviti 1-M2

Masalah dalam diri saya :ketepatan masa
Penambahbaikan: saya meletakkan matlamat untuk melakukan sesuatu pekerjaan dan
merancang pengurusan masa dengan lebih baik .
Pelan tindakan untuk penambahbaikan :1.meletakkan alarm atau reminder bagi mengingatkan
diri sendiri akan tugas yang perlu dilakukan pada
masa yang telah dirancang.
2.mengsetkan minda atau mendisiplinkan diri untuk
mengikuti apa yang telah
dirancangkan.Contohnya :apabila mengsetkan alarm
pada pukul 12,kemudian perlu bangun pada waktu itu
juga dan tidak menangguh dan sebelum tidur
letakkan matlamat selepas bangun untuk
menyelesaikan sesuatu tugasan ,dengan cara ini
'biological clock 'kita akan dapat diubah.
Bagaimana ingin mengambil data?
Data boleh diambil dengan mencatat aktiviti harian dan masa dilakukan di dalam diari persendirian .

Bagaimana untuk memantau apa yang dirancang dilaksanakan?
Menilai balik diri sendiri dengan membaca balik diari dan melakukan refleksi ke atas diri sendiri atau muhasabah diri untuk tujuan penambahbaikan.

Bagaimana ingin menilai sama ada apa yang dirancang dilaksanakan?
Setelah merancang ,boleh melakukan checklist untuk rujukan dan setelah selesai sesuatu tugasan tandakan (/) pada checklist ,menandakan sesuatu tugasan telah dapat dilaksanakan ,atau boleh juga bertanyakan kepada rakan karib samada terdapat terdapat perubahan dalam diri kita setelah kita merancang aktiviti harian kita.

Monday, April 27, 2009

Aktiviti 1 -M2

Selepas mengikuti Program BIG ,refleksi ke atas masalah dalam diri anda:

  • Senaraikan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam diri
  • Rancang pelan tindakan untuk menambahbaik

-matlamat(umum)

-senaraikan objektif

  • Pelan tindakan

-nyatakan langkah -langkah yang perlu di ambil

-rancang bagaimana anda ingin mengambil data

-bagaimana anda ingin memantau apa yang dirancang dilaksanakan

-bagaimana anda ingin menilai sama ada apa yang dirancang dan

dilaksanakan dicapai.

continue lec M1......

Proses -proses kajian secara umum:

KAJIAN: merupakan 1 proses langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman.

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN:guru meneliti /menyelidik/mengkaji secara sistematik ke atas sesuatu amalan bagi tujuan penambahbaikan.Proses ini tidak berjalan sekali sahaja tetapi berulang-ulang(on-going process).

KEPENTINGAN KAJIAN BAGI GURU:

1.menambah pengetahuan

a.mengkaji jurang dalam suatu bidang

b.mereplikasi suatu kajian lepas dengan menguji suatu sampel/situasi yang berlainan.

c.mengembangkan pengetahuan sedia ada.

d.meluaskan perspektif

e.memberitahu suatu amalan dengan mengembangkan idea baru.

2.menambahbaik amalan

3.mendebatkan suatu polisi

4.membina kemahiran melakukan penyelidikan.

JENIS-JENIS KAJIAN TINDAKAN:

1. Kajian guru secara individu -isu dalam satu kelas sahaja

2. Kajian secara kolaboratif -isu dalam beberapa kelas yang mempunyai masalah yang sama

3. Kajian dalam sekolah - isu luas melibatkan masalah mencakupi sekolah

4. Kajian dalam daerah - isu masalah mencakupi struktur organisasi sedaerah

Antara kajian tindakan yang dilakukan di sekolah adalah :

-untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan dengan masalah pengurusan bilik darjah.

-strategi pengajaran.

-pembelajaran pelajar.

Contohnya:

Sebagai contoh guru ingin melakukan kajian tindakan berkenaan dengan masalah murid untuk memahami subjek tertentu dalam matapelajaran sains contohnya adalah untuk memahami tajuk pembahagian sel.Dalam tajuk ini murid memerlukan pemahaman dari peringkat awal dan memerlukan daya imaginasi yang tinggi untuk memahami tajuk ini.Pendekatan yang boleh digunakan oleh guru dalam hal ini adalah dengan menggunakan cara pengajaran yang berlainan untuk kelas yang berlainan.

Lecture notes minggu 1

Data-adalah raw material,sesuatu yang belum diproses.
Data refers to information or facts usually collected as the result of experience, observation or experiment, or processes within a computer system, or premises. Data may consist of numbers, words, or images, particularly as measurements or observations of a set of variables. Data are often viewed as a lowest level of abstraction from which information and knowledge are derived.
Maklumat -hasil daripada pemprosesan, pengumpulan dan penganalisaan data yang dapt menambah pengetahuan kepada penerima maklumat.
Pengetahuan -maklumat yang diproses untuk menjadi pengetahuan.
Hikmah -Pengetahuan yang diproses untuk menjadi hikmah.

Tuesday, April 7, 2009

MBS (Methodist Boy School) ,one step to be a teacher

This are some pictures of my activities as a training teacher,its a routine that on tuesday ,our class will have to go to MBS to help get hands-on on how to teach deaf students,here are the pictures of our students.The first picture showing me and cikgu Suzana assisting Raymond(me and cikgu Faizah student's) to write Khat,although i'm a going-to-be bio teacher but its a new experience teaching him,and Raymond is a smart student and he likes to draw very much.When being ask about ,what is he going to be after finishing his schooling,he said (using sign language)he is going to be an artist ,now i know that he is potential to be a famous artist one day...