THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 31, 2009

Kuliah Hajjah Halimah -M6

AKTIVITI 1:PENGENALAN

Hajjah Halimah meminta kami mengeluarkan sekeping kertas dan meminta kami untuk menulis butir pengenalan diri yang diarahkan oleh Hajjah Sakinah seperti berikut:

1.Nama penuh
2.Program sekarang
3.Status Diri
4.Alamat lengkap rumah
5.Program yang diambil semasa ijazah sarjana muda
6.Universiti semasa ijazah sarjana muda
7.Nama guru yang menjadi idola
8.Kenapa guru tersebut dipilih sebagai idola
9.Nama guru yang tidak disukai
10.Kenapa guru tersebut tidak disukai
11.Kenapa ingin menjadi seorang guru
12.Apakah peranan seorang guru
13.Lukis gambar pokok berserta tandatangan dan tarikh lahir

AKTIVITI 2:

Kami dikehendaki untuk bekerja berpasangan dan berdasarkan pembentangan yang telah dilakukan semasa Seminar Serantau di Klana Resort Seremban ,Negeri Sembilan baru-baru ini kami dikehendaki untuk memilih 1 tajuk pembentangan dan menyenaraikan apa yang difahami daripada pembentangan tersebut.

Tajuk pembentangan:Pembelajaran Sains Fisika melalui pendekatan 'Integrated Science Spiritual 'di Kelas IV SDN 034 Kampar

Nama Pembentang: Puan Zulhilmi

Intisari Pembentangan:

Kenapa kajian ini dijalankan?
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mendeskripsikan hasil belajar sains Fizik siswa melalui penerapan pendekatan 'Integrated Science Spiritual 'pada tajuk Sistem Suria.

Apakah kajian ini?
Pendekatan ini dirancang untuk menghubungkan konsep-konsep dalam Fizik dengan konsep-konsep agama Islam yang berkaitan dengan Sistem Suria.

Bagaimanakah kajian ini dijalankan?
Instrumen yang digunakan adalah pengumpulan data melalui ujian hasil belajar kognitif dan ujian hasil belajar psikomotor.

Langkah pendekatan model:
1.Perancangan-merumuskan tujuan pembelajaran dan menetapkan konsep yang hendak difahami.

2.Pelaksanaan - Pengelolaan kelas dibahagikan kepada beberapa kumpulan,pelajar diminta untuk melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.

3.Perbincangan-Tentang dapatan aktiviti

AKTIVITI 3:
Kami dikehendaki untuk membentuk 1 kumpulan yang terdiri daripada jantina berlainan,kaum berlainan dan pengkhususan berlainan.Kemudian di dalam kumpulan itu kami dikehendaki untuk membuat 1 proposal tentang kajian tindakan yang perlu dihantar pada hari Khamis,28/5/2009.

Tajuk proposal :

MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN SAINS DALAM TOPIK ”INTERDEPENDENCE AMONG LIVING ORGANISMS AND THE ENVIRONMENT” DENGAN MENGGUNAKAN DAM ULAR SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR

0 comments: