THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 31, 2009

Kuliah Pn.Sakinah-M6

3 sebab perlu capai kualiti tinggi:
-tanggungjawab kepada pelajar.
-Keperluan kepada kecekapan diri diri dan orang lain.
-Keperluan untuk membuat tindakan dan perubahan kepada perkara yang bermanfaat(menambah ilmu pengetahuan) dengan melakukan penyelidikan tindakan.

Kriteria Kualiti:
-serupa dengan kriteria jenis penyelidikan yang lain.
-2 rukun sains dalam senarai penyelidik dalam kriteria kualiti ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
-kedua-dua konsep ini kritikal kepada kualiti penyelidikan tindakan.

Kesahan:
-merujuk kepada kebenaran data.
-dengan mengetahui samada data sebenarnya mengukur atau mencerminkan fenomena khusu yang dikaji.

Kebolehpercayaan:
-berkait dengan ketepatan data .
-Masalah kebolehpercayaan dalam pendidkan selalu berlaku apabila data diambildari sampel yang terlalu kecil.
-Sehubungan dengan itu untuk penambahbaikan data penyelidikan tindakan,kita perlu selalu bertanya.
-Adakah maklumat ini merupakan perwakilan epat realiti?
-Bolehkah saya fikir sebarang sebab untuk syak kepada ketepatan data?

5 Tahap Penyelidikan Tindakan:
-Tahap 1: Mengenalpasti masalah
-Tahap 2 :Perancangan Tindakan
-Tahap 3: Mengumpul Data
-Tahap 4: Analisis Data
-Tahap 5 : Perancangan untuk tindakan seterusnya.

Apakah mengumpul data ?
-Apakah jenis data kita perlu kumpul untuk menjawab persoalan kajian ?
-Bagaimana kita hendak memastikan terdapat pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data:
-Pemerhatian (Video Tape)
-Nota guru dan komen
- kerja pelajar
-refleksi pelajar dan kerja pelajar.
-jurnal pelajar.
-ujian
-tinjauan soal selidik
-temuduga(Audiotape)

Tugasan:
Kemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khusunya di bahagian pengumpulan data.Pelajar akan dipanggil secara rawak pada minggu hadapan untuk melihat perkembangan.

0 comments: