THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, May 24, 2009

Ulasan buku ...continue...

Konsep Kajian Tindakan:
Kajian ke atas bilik darjah adalah satu tindakan yang dilakukan oleh guru untuk memperkembangkan pengajaran mereka atau rakan –rakan mereka untuk menguji andaian atau teori pendidikan yang dipraktikkan,atau sebagai satu cara untuk menilai atau mengimplimentasikan keutamaan sekolah.

3 tahap yang dibincangkan dalam konsep kebebasan(emancipation) oleh Lawrence Stenhouse adalah tahap pelajar,guru dan sekolah:

Pelajar: Pembebasan atau emansipasi adalah merujuk kepada kebolehan untuk melebihan pengetahuan guru dan mencari sendiri dan memiliki sesuatu pengetahuan.Dalam Projek Kurikulum Kemanusiaan (Humanities Curriculum Project),Stenhouse telah menggariskan 3 elemen penting dalam projek ini iaitu penggunaan perbincangan,penggunaan dokumen sebagai bukti perbincangan dan andaian guru terhadap fungsi pengerusi yang neutral.
Guru :Dalam konteks guru sebagai penyelidik,guru dapat membebaskan diri daripada pandangan masyarakat yang melihat guru sebagai pengikut,ketua,sumber rujukan dan lain-lain.Stenhouse menggalakkan guru –guru untuk mengikut spesifikasi kurikulum ataupun strategi pengajaran tetapi pada masa yang sama menilai keberkesanan strategi tersebut.

Sekolah :Kebebasan atau emansipasi di sekolah di mana sekolah bebas daripada kuasa birokratik dan kawalan sistem pendidikan .Sekolah mengambil peluang akan perubahan semasa dan menggunakannya untuk menyokong pembangunan yang sedang atau dirancang dilakukan di sekolah.

Mengapa perlu membuat kajian tindakan:

Menurut Lawrence Stenhouse (1984:69),guru mempunyai kebebasan untuk membuat penilaian professional .Mereka tidak perlu diberitahu akan apa yang perlu dilakukan .Pernyataan daripada Lawrence Stenhouse ini adalah berbeza daripada imej yang dipaparkan oleh pendekatan kontemporari di sekolah-sekolah di mana guru menerima arahan daripada pihak atasan dan tidak mempunyai kebebasan sendiri untuk mengajar.Dengan menjalankan kajian ,guru mempunyai kuasa autonomi untuk melakukan perubahan kepada system semasa yang digunakan di sekolah.
Reka bentuk kajian tindakan (Model dan seting kajian):

• Model Kajian Tindakan Elliott(Elliott 1991:71)
-mengambil kira model yang diperkenalkan oleh Kemmis dan menghasilkan model yang lebih lengkap.
-penerangan tentang model kajian tindakan Elliott( hujah menentang Model Kemmis) :
i.Peninjauan (Reconnaissance ) patut melibatkan analisis dan juga pencarian fakta dan patut dilakukan di dalam lingkaran(spiral) dan aktiviti bukan hanya berlaku pada permulaan proses.
ii.implementasi langkah kajian tidakan ini tidak selaulunya mudah ,seseorang x patut membuat penilaian kesan terhadap sesuatu tindakan sehinggalah beliau telah memantau bagaimana satu kajian itu diimplementasikan.
iii.Mencadangkan ’General idea’ atau idea am dalam model Kemmis patut ditukarkan.
• Model Ebbutt
i.Mengatakan Elliott salah dalam satu perkara iaitu mencadangkan Kemmis membuat peninjauan dengan hanya mencari fakta.Diagram Kemmis dengan jelasnya sudah menunjukkan peninjauan mengandungi perbincangan ,perundingan,pencarian peluang dn menilai kemungkinan .
ii.Dave Ebbutt juga mencadangkan penggunaan bulatan (circle) yang lengkap untuk menerangkan proses kajian selain daripada bentuk lingkaran (spiral) yang digunakan oleh Kemmis.
• Model Mckernan
i.mencadangkan model proses masa ‘time-process’di mana tidak menekankan masalah-masalah yang berlaku semasa melakukan kajian tindakan.
Sampel/participant:
Fokus sampel atau peserta dalam kebanyakan contoh dalam buku ini adalah pelajar.
Prosedur Kajian Tindakan:
1. Pengumpulan data dan penjanaan kategori hipotesis.
2. Kesahan hipotesis menggunakan teknik kebolehpercayaan.
3.Interpretasi dengan rujukan terhadap teori,criteria yang disetujui ,praktikal ataupun penilaian guru.
4.Tindakan untuk tujuan memajukan yang juga dipantau oleh teknik kajian bilik darjah.
Instrumen kajian:
• Nota lapangan
• Rakaman pita audio
• Diari murid
• Temuramah
• Rakaman pita video
• Borang soal selidik
• Sosiometri-teknik yang digunakan untuk mengukur struktur emosi sesuatu kumpulan.
• Bukti dokumentari
• Kajian kes
• Slaid/pita rakaman dan video fotografi pegun


Teknik pengumpulan data:
• Pemerhatian terbuka
-pemerhati menggunakan sekeping kertas kosong untuk mencatatkan pengajaran ,pemerhati menggunakan kata kunci untuk mencatatkan pengajaran.
• Pemerhatian tertumpu
-apabila guru telah membuat keputusan untuk memfokus pada 1 pemerhatian contohnya adalah teknik menyoal.
• Pemerhatian berstruktur
-menggunakan sistem yang saling berhubung ataupun diagram ,setiap kali berlaku sesuatu kejadian ataupun tindakbalas guru akan menandakan (/) ,jadi dengan cara ini guru boleh merujuk kembali samada seseorang murid itu pernah menjawab atau tidak dan catatan ini dapat dijadikan sebagai bukti selain daripada seseorang pelajar itu secara rawak.
• Penilaian secara sistematik
-bergantung pada skala pemerhatian.
Teknik penganalisisan data:
Pengurangan data/pemotongan data(data reduction)-proses memilih,menumpukan,memudahkan ,mengabstrak,dan menukarkan data mentah yang terdapat dalam nota lapangan .Proses ini adalah berterusan sehingga sesuatu laporan itu siap.
Pameran Data-membolehkan kita memahami tentang kajian itu dan tindakan lanjutan atau analisis lanjutan berdasarkan apa yang difahami.
Pengesahan /penutup –konklusi terhadap apa yang telah dilakukan sejak dari awal kajian.
Etika kajian tindakan :
1.Kajian tindakan yang dilakukan tidak patut mengganggu komitmen terhadap tugas mengajar.
2. Teknik pengumpulan data tidak memerlukan masa yang lama untuk dilakukan oleh guru dan guru mestilah pasti dengan teknik pengumpulan data yang digunakan sebelum mempraktikkannya.
3. Cara yang digunakan hendaklah boleh dipercayai dan membolehkan guru untuk membuat hipotesis dan menghasilkan strategi yang dapat digunakan bersesuaian dengan kelas mereka.
4.Guru berupaya untuk menyelesaikan masalah yang berlaku dalam sesuatu kajian .
5.Guru penyelidik perlu mematuhi etika yang telah ditetapkan di sekeliling mereka.
6.Semua orang terlibat secara aktif dalam berkongsi visi yang sama kea rah matlamat utama.
Kebolehpercayaan dan kesahan kajian tindakan :
Teknik untuk menghasilkan kesahan sesuatu hipotesis:
i.Kaedah Segitiga(Triangulation) -melibatkan pengumpulan 3 pandangan yang berbeza daripada sudut pandangan guru,pelajar dan peserta yang menjadi pemerhati.
ii.Teknik ketepuan (Saturation) – situasi di mana tiada data tambahan yang boleh ditambah untuk menambahbaik sesuatu kategori itu.
iii.Teknik penjelasan lawan-penganalisi melihat pada data yang boleh menyokong penjelasan yang alternatif
iv.Teknik pencarian kes yang negatif-bentuk dan trend dikenalpasti ,kefahaman kita terhadap bentuk dan trend itu akan meningkat dengan mengambilkira kes yang tidak sesuai dengan sesuatu bentuk.
Penilaian keseluruhan terhadap buku:
Buku ini banyak membantu dalam memahami teknik kajian tindakan dengan lebih baik.Contoh yang diberikan dapat dijadikan panduan bagi melakukan kajian dalam bilik darjah dengan baik di sekolah.

0 comments: