THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, May 12, 2009

M3(Dr. Izham)-Aktiviti kumpulan

8 sebab mengapa orang menentang perubahan:

-tidak bersedia untuk menerima perubahan
-selesa dengan cara lama
-masih menunggu hasil dari cara yang lama.
-supaya tidak kelihatan bodoh apabila tidak dapat melakukan perubahan.
-berpegang kepada adat dan budaya yang menyekat daripada melakukan perubahan.
-tidak berkeyakinan dengan hasil yang diperolehi daripada perubahan yang dilakukan.
-menganggap perubahan sebagai suatu proses yang memakan masa yang sangat lama dan membuang masa.
-kurang pendedahan dan pengetahuan terhadap apa yang bakal dilakukan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk berfikiran negatif terhadap perubahan yang dilakukan.

Cara penyelesaian:
-memberi pendedahan secara menyeluruh dan terperinci tentang sebarang perubahan yang ingin dilakukan dengan menyediakan kursus.
-memperbanyakkan program motivasi untuk meningkatkan keyakinan diri sebagai pendorong untuk berfikiran negatif.
-meyakinkan bahawa perubahan yang dilakukan tidak akan menghapuskan adat yang dipegang atau diamalkan.
-pemantauan dan penilaian yang berterusan untuk memastikan perubahan tersebut dilaksanakan dan berkekalan contohnya adalah perubahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

0 comments: